Thursday 16 June 2011

Kenangan Tahun 2000

Hampir 12 tahun berlalu kali akhir arwah ayah Pak Choy menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama anak2,menantu2 dan cucu2.Pada Raya Haji berikutnya arwah tidak berapa sihat dan enggan untuk solat sunat Aidul Adha walaupun pada mula mahu pergi setelah Pak Choy pujuk beberapa kali.Kata Arwah" malu nanti ada di kalangan jemaah tanya dia kenapa tak sihat pergi jugak ke masjid ".Ini saat yang paling sedih Pak Choy rasakan ketika pergi ke masjid meninggalkan arwah di rumah sendirian.Sejak dari hari itu kesihatan arwah jelas sekali menurun hingga lah arwah di masukkan Ke Hospital Tawakal selama seminggu dan menghembuskan nafas nya yang terakhir pada 24/03/2000.
Di akhir2 hayat arwah, Pak Choy dan Intan merasa amat bertuah kerana dapat selalu bersama keluar minum teh tarik dan berbual hampir setiap malam .Kami sangat merindui saat manis bersama arwah.Doa kami agar arwah di tempatkan dalam golongan orang yang soleh.Amin.
P/s...Tiada lagi gambar seluruh keluarga pernah dirakamkan semenjak ketiadaan arwah.Jelas arwah menyatukan kami adik beradik..

1 comment: