Friday 17 June 2011

Tinggal Kenangan.

Semenjak bersara..hari2 yang terluang terutama pada pagi jumaat Pak Choy sama Intan dan bonda Hjh.Ramlah akan menziarahi pusara ayahanda Hj.Jaafar di Changkat Batu 6 Gombak.
Arwah di lahirkan pada 19/08/1922 dan meninggal dunia pada 24/03/2000 pada usianya 78 tahun.Meninggal diPusat Pakar Tawakal akibat paru2 berair dan kegagalan buah pinggang berfungsi.



Thursday 16 June 2011

Hari Raya di Seri Desa.

Berkunjung ke Seri Desa, rumah adik abah Pak Choy yang bungsu Hjh.Salamah Samsudin .(duduk tengah)Di sertai Kakak yang sulong Hjh.Halimah sekeluarga dan Adik yang bungsu Hjh.Rokiah sekeluarga.

Kenangan Tahun 1998

Kenangan Tahun 1999

Hari Raya tahun ini hampir seluruh anak2 dan menantu2 serta cucu hadir bersama meraikan.

Kenangan Tahun 2000

Hampir 12 tahun berlalu kali akhir arwah ayah Pak Choy menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama anak2,menantu2 dan cucu2.Pada Raya Haji berikutnya arwah tidak berapa sihat dan enggan untuk solat sunat Aidul Adha walaupun pada mula mahu pergi setelah Pak Choy pujuk beberapa kali.Kata Arwah" malu nanti ada di kalangan jemaah tanya dia kenapa tak sihat pergi jugak ke masjid ".Ini saat yang paling sedih Pak Choy rasakan ketika pergi ke masjid meninggalkan arwah di rumah sendirian.Sejak dari hari itu kesihatan arwah jelas sekali menurun hingga lah arwah di masukkan Ke Hospital Tawakal selama seminggu dan menghembuskan nafas nya yang terakhir pada 24/03/2000.
Di akhir2 hayat arwah, Pak Choy dan Intan merasa amat bertuah kerana dapat selalu bersama keluar minum teh tarik dan berbual hampir setiap malam .Kami sangat merindui saat manis bersama arwah.Doa kami agar arwah di tempatkan dalam golongan orang yang soleh.Amin.
P/s...Tiada lagi gambar seluruh keluarga pernah dirakamkan semenjak ketiadaan arwah.Jelas arwah menyatukan kami adik beradik..

Friday 10 June 2011

Hari Keluarga 2011

Kini tak macam dulu,ramai kalangan keluarga akan mengadakan hari keluarga terutama dimusim cuti persekolahan untuk semua ahli keluarga berkumpul.Hari Raya lain, ada jugak ahli keluarga yang tak dapat beraya sama kerana pulang kampung mertua dan sebagainya.
Tahun ini keluarga belah Pak Choy , berHari Keluarga yang dianjurkan oleh anak2 buah.Suasana sungguh meriah dengan berbagai acara pertandingan diatur dengan hadiahnya sekali.
Bersama pasangan ...jadi Mak Andam,pemenang di tentukan pada solekan yang paling kelakar.
Mandi ramai2 dikolam...best.Pakaian mandi bebas..kalau tidak susah jugak nak cari swimming suit untuk hmmm hmmm.
Kepada anak2 buah , Pak Choy ucapkan banyak2 terima kasih.Umur panjang lain kali ajak kami lagi ya..Haizul..Pura..dan yang lain2.
Salah satu acara sukan kanak2,peserta semua memang berani tanpa segan silu ,
BBQ...Ayam,udang disediakan oleh chef yang memang pakar dalam bidang pemakanan.





Sampai kita jumpa lagi di lain waktu...salam sayang buat semua.

Thursday 2 June 2011

Nostalgia and Reality

Pak Choy bangga yang kini semua anak-anak buah telah dewasa dan berjaya dalam karier masing2.Nasihat Pak Choy supaya kalian semua jangan sekali melupai jasa kedua orang tua kita,tanpa mereka kita tidak ada di dunia ini.
Yang telah berkeluarga jaga lah keharmonian rumah tangga dan anak seperti yang kita telah di amanahkan.
Kami, sebagai ibu dan bapa akan tetap mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kalian semua.