Saturday 21 May 2011

Tahniah

Sebagai seorang ayah sudah tentu nya Pak Choy merasa bangga atas kejayaan Affizza setakat ini.Kejayaan yang di perolehi semua atas usaha dan minat nya yang begitu gigih dalam bidang perundangan walaupun mengambil masa sedikit,tapi dia tetap dengan penuh azam untuk melepasi apa juga halangan.Pernah cakap-cakap yang menyuruh agar dia tukar saja jurusan lain namun tidak pernah di pedulikan malah menjadi pembakar semangat untuk terus membuktikan yang dia mampu berjaya.Kami akur dan terus memberikan sokongan .
Dalam menikmati kejayaan ini Pak Choy teringatkan kedua arwah ayah kami Hj.Jaafar dan Taufek Hj Ali yang mana semasa hayat nya tidak putus putus memberikan kata semangat."Kami dah tuo entah dapek laie tengok "ucapan yang masih segar dalam ingatan kami semua.


No comments:

Post a Comment