Asal kami dari seorang ibu kandung,14 orang adik beradik cuma 7 sahaja yang masih hidup,7 orang lagi meninggal masa kecil.
Hj.Ramli,Hjh.Halimah,Hjh.Timah@adik,Hjh.Ramlah,Hj.Mohd.Rassul@achoy,Faridah,Hjh.Zaikiah dan Hjh.Rokiah.
Saturday, 28 May 2011
Friday, 27 May 2011
Mum and Dad.
Hajah Ramlah Bt.Hamid ,baru sahaja menyambut hari lahir pada 25 Mei yang lalu kini berusia 86 tahun.Alhamdulilah masih lagi sihat hanya lutut nya saja yang kadang-kadang sakit.
Arwah Haji Buyong B.Mohd @ Haji Jaafar Bin Salleh meninggal pada usia nya 77 tahun ,11 tahun lalu.Semoga Allah mencucuri rahmat Nya .AL-Fatihah.
Saturday, 21 May 2011
Appreciation
Penghargaan kepada Master dan kini merupakan majikan En.Abd.Rahim dari Abd.Rahim & Co yang telah memberikan tunjuk ajar dan juga kepercayaan kepada Affizza.
Juga kepada Datuk Salehudin Saidin , Ahli Majlis Agama Islam Selangor yang telah banyak memberi semangat untuk Affizza terus maju dalam bidang perundangan.(gambar)
Juga kepada Datuk Salehudin Saidin , Ahli Majlis Agama Islam Selangor yang telah banyak memberi semangat untuk Affizza terus maju dalam bidang perundangan.(gambar)
Tahniah
Sebagai seorang ayah sudah tentu nya Pak Choy merasa bangga atas kejayaan Affizza setakat ini.Kejayaan yang di perolehi semua atas usaha dan minat nya yang begitu gigih dalam bidang perundangan walaupun mengambil masa sedikit,tapi dia tetap dengan penuh azam untuk melepasi apa juga halangan.Pernah cakap-cakap yang menyuruh agar dia tukar saja jurusan lain namun tidak pernah di pedulikan malah menjadi pembakar semangat untuk terus membuktikan yang dia mampu berjaya.Kami akur dan terus memberikan sokongan .
Dalam menikmati kejayaan ini Pak Choy teringatkan kedua arwah ayah kami Hj.Jaafar dan Taufek Hj Ali yang mana semasa hayat nya tidak putus putus memberikan kata semangat."Kami dah tuo entah dapek laie tengok "ucapan yang masih segar dalam ingatan kami semua.
Dalam menikmati kejayaan ini Pak Choy teringatkan kedua arwah ayah kami Hj.Jaafar dan Taufek Hj Ali yang mana semasa hayat nya tidak putus putus memberikan kata semangat."Kami dah tuo entah dapek laie tengok "ucapan yang masih segar dalam ingatan kami semua.
Friday, 20 May 2011
Call To The Bar
Bagi Pak Choy dan Intan hadiah paling manis di saat ini ialah apabila anak kesayangan kami Affizza,di terima masuk sebagai Peguambela dan
Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur.Detik yang sangat kami nantikan lebih lagi Affizza,untuk mencapai impian nya bergelar Peguam.
Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur.Detik yang sangat kami nantikan lebih lagi Affizza,untuk mencapai impian nya bergelar Peguam.
Sunday, 15 May 2011
All in the family
Kalau sebelum bersara dulu memang kami jarang dapat bersama sekeluarga.Balik kerja dari Shah Alam lewat senja ,Fiza pula tinggal di Shah Alam but now staying with us after almost 10 years.
Abang@atuk dan Adik
Kedua ekor kucing kesayangan yang menjadi rakan kami di rumah.Berusia lebih 10 tahun banyak membantu kerja kerja rumah.Dahulu kami pernah memelihara 12 ekor kucing kini tinggal abang dan adik di rumah sementara 1 ekor lagi nama Masha yang selalu keluar rumah,balik hanya bila dia lapar saja.
Saturday, 14 May 2011
Tour Management Agency
Isteri,Intan Norizan telah telah hampir 10 tahun mengendalikan agensi pengurusan pelancongan (Raun Minang Tour) dan telah berkunjung hampir keseluruhan negara Asean lebih2 lagi Indonesia.
Jika ada peluang ,ikut jugak melancong...............
Friday, 13 May 2011
Bersara (retirement)
Memang pada mula nya rasa kekok jugak...apa nak buat dalam mengisi waktu lapang?Tiga bulan pertama rasa sungguh seronok sekali,kepala rasa lapang tanpa ada ingat tentang beban kerja2 yang selalu nya tak siap2.Masuk bulan ke empat dah mula resah...nasib lah ada tanah di batu 9 Gombak peninggalan arwah Hj.Jaafar buat kebun bersama adik beradik yang lain.Alhamdulilah kebun yang semak kini telah siap di bersihkan.Kebun yang tak pernah di jenguk2 lebih 30 tahun telah berubah dengan tanaman pokok buah-buahan di antara nya pokok limau,durian,duku,langsat,manga dan bermacam-macam lagi.Menantikan pokok buahan besar kami menanam sayur-sayuran.
Subscribe to:
Posts (Atom)