Monday 30 April 2012

Cikgu Haji Johari Bin Ahmad..Dalam Kenangan.



Cikgu  Hj.Johari  Bin Ahmad...Dalam kenangan...

Ke hulu ke hilir dalam Negeri Selangor je...jungle treking and memancing..tiba aku teringatkan Arwah Pakcik cikgu Hj.Johari Bin Ahmad...beliau jugak merupakan ayah tiri pada cik puan besar Intan Norizan,serta 4 orang lagi adik satu emak satu ayah..

"Jom..Tan..apa kata kalau kita tengok kebun peninggalan Pakcik  you?"

Kami terus menyusuri jalan dari arah Pekan Batang Kali terus ke Ulu Tamu berhampiran kolam air panas Ulu Tamu..lebih kurang 2 kilometer..dah pun sampai...jalan tar elok untuk satu kereta je..berselisih nasib la....

Terperanjat...sungguh sedih..umpama  penemuan  Angkor Wat di Kamboja..Kami tercegat melihat keadaan sekeliling..penuh di tumbuhi semak samun dan keadaan rumah rumah chalet hampir ada yang tak nampak lagi usang...Kesian atas usaha beliau yang bersungguh sungguh mengusahakan SDC (Seri Dusun Chalet) kini...Su Dah Closed.....di mana silap nya...?

Arwah meninggal dunia akibat komlikasi jantung setelah membuat pembedahan hampir setahun..tarikh meninggal tak berapa ingat tapi tahu dah 3 tahun..sakit je..kalau tak silap hampir jugak 2 tahun ..lama di IJN...dan selama itu lah kami tak  pernah sampai lagi ke dusun...5 tahun.Dusun yang banyak mengingatkan kami pada durian,chempedak,pulasan,duku langsat dan macam macam lagi..

Kami masih ingat lagi... mula mula beliau sama emak bertungkus lumus membersih hutan hingga menjadi kawasan tanaman buah buahan.Segala jenis pokok buah yang di tanam ..yang tak ada epal,anggur dan limau sunkiss je..he.he dan bagi  melengkapkan impian demi kesenangan keluarga..beliau membina rumah2 chalet di celah pohon buahan untuk di jadikan kem motivasi...memang beliau berjaya menerima tempahan dari kalangan sekolah ,kementerian dan terkenal di seluruh Selangor...akan tetapi memang usaha beliau sia sia saja selama ini..no backup..

Patah selalu nya tumbuh tapi hilang ini tak ada ganti..beliau gagal memupuk sikap tanggong jawapan kepada anak yang bakal mewarisi titik peluh beliau..diantara anak lelaki tidak seorang pun menghargai apa yang ayah nya buat..untuk apa..? Tak tahu..tak minat....Kalau di fikirkan semua dah tersedia ada...di SDC hanya perlu menyambung saja tak perlu bayar pun.

Kadang2 saya sendiri pun terfikir..cara mana lagi nak mendidik anak agar menjadi orang yang dapat di harapkan..bila kita tak ada lagi esok.Yang tak  ada harta peninggalan  tu ok.lah ....yang ada sikit ini macam mana?

Patut ke..kita wakaf je..harta kita nanti pada masjid..? sekurang2nya dapat juga menampung kita di akhirat nanti......

Tugas akhir cikgu Johari sebelum bersara .. ada lah Penolong Kanan di sekolah Sri Gombak..tinggal di Taman Ehsan ,Kepong ,Selangor dan berasal dari Tanjung Karang,Selangor.

Semoga Allah mencucuri rahmat Nya dan menempatkan beliau bersama sama orang yang beriman..Alfatihah....Amin.

Wasalam

Maaf jika ada yang tersinggong dengan cerita Pak Choy ini..tapi ini lah kebenaran...as I see it....

Tuesday 24 April 2012

Terkenang masa muda dulu.

Terkenang masa muda dulu..nak flashback..seketika...


Sekitar tahun 70 an masa muda tak ada handphone,tak ada computer..blog dan facebook pun tak ada..jadi bayang kan lah bagai mana kami mengharungi masa kami yang terluang bersama rakan2 yang lain..duduk kampong..jadi kami selalu berkumpul atas jambatan ..main gitar dan berbual bual sambil tegur siapa yang lalu..sampai ada yang takut..tapi kami tak pernah kacau orang...orang je..yang dah menyampah  dengan kami...ha.ha..

Masa duduk atas jambatan itu lah..kami tahu siapa penduduk kampung sebenar..gadis tu anak siapa..? Janda tu duduk mana?Orang yang baru pindah tu sewa rumah siapa ..dan ada anak perempuan tak.?Secara tak langsung kami jaga kampong..orang luar takut masuk..kerana kami akan tanya bila lalu..cari siapa?Pernah satu ketika ..ada perempuan bawak boyfriend sombung...pukul.... lepas tu tak nampak lagi masuk kampong ..agak nye dah break off...terror kan kami?..samseng kampong.

Perbualan atas jambatan tak kira waktu,kadang kadang sampai suboh baru kami bersurai atau bila hujan turun...kemudian sambung bila hujan berhenti..memang kami punyai banyak kenangan atas jambatan "belongkong.".yang sempit..satu satu nya jalan masuk ke kampong kami.
Best nya... sebab duduk jambatan jugak lah ramai di antara rakan rakan yang bertemu jodoh dengan orang kampong juga...saya tak...he..he..

Saya akhiri zaman  bujang pada tahun 1979...dan lepas tu ramai yang turut kawin,ada yang masih tinggal kat kampong dan ada yang berhijrah ikut isteri masing2,saya ikut isteri...nun jauh 5 kilometer dari kampong..tahun 90 an kembali  balik kampong buat rumah sendiri atas tanah emak..alhamdulillah..masih kat kampong..tak payah nak menyewa hinga kini.

Sekarang ..kami semua dah hampir mencapai status warga emas ..ada jugak yang dah pun warga emas dan punyai cucu...tapi tak ramai yang pulang kampong..mungkin masa kerja dulu beli rumah kat luar dan anak  pun dah besar mereka settle saja lah kat sana..

Pada usia yang hampir sampai ke penghujung ini..nak jugak kalau boleh bertemu kembali bagi mengimbau zaman muda dengan rakan rakan tapi..susah..hanya kadang kadang je..ada lah ketemu seorang dua di masjid dan kedai kopi..

Jadi tak mengapa..insyaAllah.saya akan cuba untuk mencari mereka...kini ada blog dan facebook..mintak2nya mereka pun macam saya lah..tidak mahu ketinggalan dengan kemudahan teknologi masa kini..

Wassalam..

Monday 16 April 2012

Strawberry,Genting Highland


Strawberry Genting Highland

Memang kalau orang tak beritahu...kami pun tak tahu..jadi bila dah orang beri tahu ...baru lah kami tahu..jadi bila kami dah tahu..kami pun pergi lah..rupa nya di Genting Highland dah hampir lebih 2 tahun ada ladang strawberry..kat Gotong Jaya..pandai betul diorang ni..nak tarik pelancongan .Jadi yang nak makan strawberry segar tak payah lah lagi pergi jauh2 ke Cameron Highland.

Dari Kuala Lumpur ..perjalanan tak sampai 45 minit dah sampai..ikut susur ke Aminudin Baki ( belum sampai terowong) lepas tu ikut sahaja sign board sampai Gotong Jaya. Pasti nanti nampak lah ladang strawberry..tepi jalan je.
Masuk free ..yang nak pick sendiri strawberry ..nanti di berikan  gunting dan bakul..memang seronok ..macam bapak kita punya ladang je...Tapi lepas tu timbang..RM 6 untuk 100 gram...ok.

Dalam ladang tu ada jugak jual sayur..segar..macam 2 sayur.. 4 bungkus Rm 10.00..sebab segar tu lah kami beli ..tapi bawak balik rumah.. 2 minggu kemudian baru masak..oh..baru segar makan...

Dah kata orang alang alang sampai situ kalau tak teruskan ke Genting Highland memang rugi..jadi kami pun terus lah ke atas.. punya lah ramai orang dah malam nya pulak ada Anugerah Popular Berita Harian..ramai lah nampak artis artis..jadi kami pun apa lagi..tapi seorang pun tak nak bergambar dengan kami...eh..eh..

Mungkin kami baru tahu..tapi yang dah tahu tu.elok lah pergi tengok bawak keluarga sambil petik strawberry...memang berbaloi jugak..

Sekian...Jumpa lagi.InsyaAllah.

Nostalgia Trip To Cameron Highland.



Nostalgia Trip To Cameron Highland.
Sempena Pertabalan Agong 11 April 2012.

Cakap saja pasal Cameron Highland memang menjadi memory kami sejak dulu lagi..mungkin sebab minat kami dari sejak zaman berkenalan lagi  sama menganjurkan beberapa trip bukan saja Cameron malah hampir semua destinai seluruh negara sampai lah ke Hadyai.

Cameron Highland..kali akhir pergi tahun 2008 menyaksikan banyak perubahan.Kalau dulu jalan masuk hanya melalui Tapah dan kini kita boleh sampai melalui jalan Simpang Pulai melalui plus highway ke utara.
Kami tetap memilih melalui Tapah dimana perjalanan hampir 70 kilometer menyusul lereng Bukit Tapah menyaksikan pemandangan hijau hutan simpan dan juga perkampungan orang asli .

Dari Tapah menjadi kemestian untuk singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar.Disini kalau dulu kami akan mandi bagi membersihkan diri.Air nya yang sejuk dirasai hingga ketulang.memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.Di sini juga terdapat para perniaga , menjual barang cenderahati dan sebagai nya..Hati hati jalan yang sempit akan mengundang kemalangan..

Perjalanan seterus menuju Ringlet..singgah di ladang teh..shopping teh dan jugak minum teh berlatarbelakang ladang teh..sungguh indah pemandang sini.

Seterus menuju Tanah Rata..kawasan pentakbiran Cameron Highland 
terdapat jabatan kerajaan juga rumah tumpangan.

Kami teruskan ke Brinchang untuk cari tempat penginapan..mungkin sebab sudah biasa dan kami rasa sesuai untuk bermalam disini.Brinchang happening kerana  hampir dengan tapak pagar malam..tapi nasib kami tak baik hari itu.malam rabu..pasar malam hanya ada malam jumaat dan malam sabtu sahaja dan pagi ahad.

Check in Hotel Jasmine..budget..ok lah..tengah pekan Brinchang depan KFC..kami berdua tapi tempat bilik untuk 3 orang..luas sikit dan Brinchang town view..mandi bersih badan.terus keluar makan siang kat bawah hotel je..tapi sebab ramai orang kena tunggu lama jugak..makan sop untuk panaskan badan..cuaca mulai sejuk..

Memandangkan masih ada waktu lagi sebelum gelap,kami terus ke Kea Farm untuk tengok sayur..tapi beli buah strawberry dan limau saja untuk di makan dalam hotel.Sayuran beli bila balik nanti..pulang hotel rehat.
Lepas Magrib tengah tengok TV baru kami sedar ada gempa bumi di Acheh dan Tsunami dijangka menuju Acheh pada pukul 9 malam..alahai hati  kami sedih akan berita ..tunggu berita  TV Alhamdulillah tiada tsunami..baru turun makan tomyam..tapi hati tetap sedih memikirkan bencana yang melanda kerana ramai kenalan di Sumatra.Balik hotel untuk tidor......

Hampir keseluruh malam hujan renai di Cameron Highland..cuaca sejuknya..mengigil..tiba tiba loceng  hotel berbunyi..alamat apa hal pulak..buka pintu tengok semua orang jegok kepala tapi tak keluar..tanya apa jadi?tak tahu..mungkinkah Tsunami sampai kat sini..tak mungkin...
Terus pergi lobi..tanya kenapa? Suara agak marah.lelaki  india." siapa hisap rokok..hag..kasi asap itu bunyi..la..?Ha..ha..ketawa dalam hati..memang bukan saya yang hisap rokok tadi hingga buat loceng bunyi..tapi lepas tu bukak tingkat je lah...sejuk..memang hotel tak punya air- con...

Esok..bangun pagi ke Tanah Rata untuk  breakfast..simple tapi kenyang..dan terus ke Kea Farm beli sayuran untuk di bawa pulang..murah..murah dan fresh lagi.Kalau dulu kita nampak pekebun cina yang berniaga kini dah tiada di ganti dengan Mat Bangla dan Minah Indon je..memang jauh bezanya dari dulu...

Kami pulang hotel packing dan check out..memandu  menurun kearah Tapah..perjalanan agak ok..dari brinchang hingga melepasi Ringlet tapi lepas tu menyaksikan banyak tanah runtuh..melibatkan tebing Bukit Tapah hingga lah ke Lata Iskandar..di mana jalan di tutup sepenuh nya untuk kerja pembersihan..terkandas seketika..alhamdulillah dapat meneruskan perjalanan pulang tidak lama kemudian...Terfikir dalam hati ..adakah runtuhan tebing bukit ini ada hubungan nya dengan gempa di Acheh?

Seronok mengimbau kembali perjalanan lalu dengan mengulangi nya kembali..insyaAllah..jika umur panjang kami akan kembali ke Cameron Highland...

Monday 23 January 2012

Dahulu dan Sekarang

Masih terdengar lagi telinga ini akan kata-kata Affizza...Ayah ! dulu ayah pagi- pagi lagi dah pergi kerja..ija masih tidor lagi...sekarang ni ayah pulak tidor...ija pergi kerja...Hidup memang umpama roda...
Kini hari yang berlalu ...Pak choy akan cuba sedaya upaya lepas solat subuh tidak tidor.. bila Affizza pergi kerja...sekurang- kurangnya menghidupkan engin keretanya...dan ucapan selamat jalan...


Bila tak kemana ..ada jugak Affizza mengajak kami temankan dia kebeberapa tempat yang agak baru dan jauh bagi nya seperti ke Mahkamah Kuala Selangor,Bangi,Sepang dan jugak penjara sg.Buloh dan penjara Kajang.

Tempat agak asing dan tak pernah pun termimpi kini dilawati.Pengalaman melihat sendiri kehidupan di penjara amat bererti...dulu hanya tengok di kaca tv saja.
Menghadiri sessi mahkamah jugak satu pengalaman dengan perbagai peratuan yang perlu di patuhi...umpamanya berpakaian kemas dan berkasut...(ingat jugak waktu kerja dulu siap bertali leher..)

Memang dulu lain sekarang lain...ikut saja lah..peredaran zaman.Dah tua ikut saja cara tua..jangan nak berlagak lagi macam orang muda...
Ini lah takdir ...doa agar Affizza akan maju dalam kariernya...saperti yang di cita-citakan nya.



Alhamdullilah..ya..Allah atas nikmat yang Engkau telah berikan kepada kepada kami sekeluarga ..ya..Allah..sesunggoh nya kami amat berterima kasih kepada Mu ...ya Allah.

Wednesday 4 January 2012

Happy New Year 2012

Ha...rindu rasa nya dah lama tak menulis di blog....sejak bersara hampir 2 tahun ni..masa banyak menjelajah ke tempat2 baru bagi tujuan pelancongan.

Harapan agar semua ....lebih lagi ahli keluarga yang juga warga emas semua akan lebih sihat dan di murahkan rezeki hendak nya.

Selamat tahun baru 2012.......